Click Me!

Give Me A Click!

Friday, February 6, 2009

All The Best For You, Guys!!

Kesedihan menyelubungi diriku hari ini kerna hari ini merupakan hari terakhir 4 my-beloved-boyfriends berada di sekolah. Next week, mereka semua akan melaporkan diri mereka ke MRSM.

Ya, keempat-empat mereka telah berjaya mendapat tawaran kemasukan ke MRSM & Ami rasa sangat bangga dengan mereka. Memang diakui pada mulanya Ami agak kecewa kerana tidak mendapat sebarang tawaran ke SBP mahupun ke MRSM walaupun mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR yang lalu. Tapi, bila difikirkan balik, mungkin kali ni bukan rezeki Ami. Ada hikmah di sebaliknya kenapa Ami tidak mendapat tawaran ke SBP & MRSM. Rezeki Ami pada keputusan PMR namun bukan pada kejayaan mendapat tawaran masuk ke boarding school. Tapi, masih ada second-intake. Jadi, sekarang Ami sedang dalam proses nak buat rayuan untuk second-intake dan harap-harap Ami dapat.

Baiklah, pasti korang semua tertanya-tanya siapakah gerangan 4 orang jejaka yang Ami sebutkan di atas tadi. (Wah, ayat berbunga-bunga nampak? Hehe) Mereka adalah:
  • Tan Chin Aun (orang yang banyak bantu Ami, especially dalam Math masa Form 3 tahun lepas);
  • Thevaraj (orang yang selalu usik Ami dalam kelas & tolong Ami dalam Math. Honestly, Math tahun lepas agak sukar dan Ami banyak stuck kat certain topik. So, Ami selalu tanya Chin Aun & Theva);
  • Khaw Liang Fa (ex-Ketua Tingkatan kelas Ami tahun lepas, 3M1 & Geografi merupakan subjek kegemarannya. Ami ada satu nickname special untuk dia: Fafa. Hehe, sorilah Liang Fa ye, gurau je), dan
  • Syed
Keempat-empat orang ini telah banyak berjasa dalam hidup Ami. Mereka banyak bantu Ami masa Ami dalam kesusahan dalam pelajaran. Walaupun 3 orang budak daripada 4 orang di atas merupakan orang lelaki & berlainan agama daripada Ami, tapi itu tak menjadi alasan untuk menghalang Ami daripada berkawan dengan mereka. Yang penting, kita menjaga tatasusila sebagai seorang Muslimah & tidak mengucapkan kata-kata sestuatu yang bolen menyakitkan perasaan orang yang bukan Islam. Walaupun mereka bukan beragama Islam, namun mereka berhak mendapat hak mereka dengan cara yang adil dan saksama.

Walaupun mereka akan berpindah ke sekolah baru, namun bagi Ami tidak ada seorang pun yang boleh menggantikan mereka. Setiap seorang daripada mereka ini mempunyai personaliti dan identiti yang istimewa, menyebabkan mereka telah meninggalkan 'jejak' atau 'bekas' dalam hati Ami dan rakan-rakan lain yang berada di sini. Sememangnya agak sedih untuk melihat mereka pergi, namun mereka pergi hanyalah dengan satu tujuan: menuntut ilmu dan mereka telah mendapat peluang untuk menuntut ilmu di tempat yang lebih baik. Itu merupakan rezeki mereka.

Di sebalik perasaan kesedihan dalam diri Ami untuk melihat mereka pergi, namun Ami bangga dan gembira kerana mereka berjaya mendapat peluang menuntut ilmu di tempat yang lebih baik. Selain itu, mereka juga dapat mencari pengalaman belajar di tempat baru setelah 3 tahun belajar di sekolah yang sama. Apa yang Ami doakan untuk mereka ialah semoga mereka berjaya di tempat baru dan bijak menyesuaikan diri di sana. Kehidupan pelajar sekolah harian biasa dan sekolah berasrama penuh adalah berbeza, oleh itu, perlu bijak menyesuaikan diri. Jika menghadapi sebarang masalah, jangan segan untuk bertanya kerana 'malu bertanya sesat jalan', kan?

Kalau ada sumur di ladang,
Bolehkah saya menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

1 comment:

  1. Pfft. You deleted it. Too bad the whole world didn't get to read it.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...