Click Me!

Give Me A Click!

Tuesday, February 10, 2009

Seronoknya apabila dengar berita mengenainya....

Assalamualaikum w.b.t & selamat sejahtera.....

Pagi tadi, sekitar jam 3.30 pagi, Ami terjaga sebab nak semak tawaran ke sekolah teknik yang Ami telah buat selepas PMR berakhir tahun lalu. Guess what? Permohonan Ami telah berjaya! Yeay!
Suka teramat sangat! Ami ditawarkan bersekolah di SMT (ERT) Azizah dalam jurusan Pengurusan Makanan. Syukur alhamdulillah, dapatlah jurusan yang Ami nak.

Pada mulanya, Ami rasa agak hesitant sama ada nak pergi ke sekolah teknik itu ataupun tidak. Macam-macam bermain di dalam kepala Ami ni. Ramai yang kata sekolah teknik ni, pencapaiannya tidak berapa bagus. Ami ada beritahu perkara ni pada mama Ami. Tapi mama Ami kata yang SMT (ERT) Azizah ni lebih baik daripada sekolah Ami sekarang ni. Ini bukan niat untuk merendah-rendahkan, tapi ini memang kenyataannya memandangkan sekolah Ami sekarang ni masih dikategorikan 'sekolah baru' jika dibandingkan dengan sekolah teknik yang Ami dapat ni.

Selain itu, even cikgu-cikgu di sekolah Ami pun kata yang sekolah teknik tu bagus dan persekitarannya baik; tidak timbul masalah disiplin pelajar yang serius. Tambahan pula, sekolah tu merupakan all-girls' school. Bagi Ami, itu sudah cukup melegakan Ami. Tapi, yang penting, walau di mana pun kita berada, kita mesti tahu membawa diri. Jangan jadi macam rusa masuk kampung, nanti lain hal pula yang jadinya.

Baiklah, enough with the offer story. Sekarang, cerita di sekolah pula.

Hari ini, Ami rasakan something's missing. Rasa kosong, empty. Sebabnya? Sebab empat orang boyfriends Ami dah tiada lagi. Mereka sekarang berada di MRSM: 2 di Serting, seorang di Melaka manakala seorang lagi di Muar. Pada mulanya, agak sedih bila dapat tahu Ami & diorang dah tak satu sekolah lagi. Yalah, mana taknya, dah jadi 3 tahun jadi classmate (sejak form 1 sampia form 3), tiba-tiba kena berpisah. Tapi, bila fikir balik, Ami rasa inilah takdirnya. Sudah tiba masanya, masing-masing kena kembangkan sayap & cari peluang menuntut ilmu di tempat lain; di tempat yang lebih baik. Oleh sebab itu, Ami rasa sangat bangga dengan mereka empat orang tu. Harap-harap nanti boleh jumpa dengan mereka lagi (Plan nak buat reunion lah nanti).

Petang tadi, sekitar jam 4 petang, Ami dapat mesej daripada seorang boyfriend Ami yang dapat MRSM, Thevaraj. Dia kata dia dapat satu bilik dengan seorang lagi boyfriend Ami, Chin Aun. Yeap, dua-dua orang inilah yang Ami kata dapat MRSM Serting. Lucky kan diorang?
Yalah, dah kenal dari sekolah lama (sekolah kat JB ni), sekarang dapat pula satu MRSM & jadi roommate. Senanglah bagi mereka berdua dan tak adalah sebarang ke'kekok'kan. Masing-masing dah kenal.

Sebenarnya, Ami pun ada buat rayuan agar permohonan MRSM Ami dipertimbangkan semula. Kejap, mesti nanti ada orang fikir yang Ami ni tamak kan? Betul tak? Ini bukan kes tamak tau, tapi kes bijak mencari peluang. Memang akan ada orang yang fikir yang kalau dah dapat tawaran ke sekolah teknik, itupun sudah mencukupi. Tapi, bagi Ami, lain. Walaupun dah dapat ke sekolah teknik, rayuan MRSM tetap Ami akan buat. Plus, rayuan ke SBP pun Ami dah buat. Mana tahu, dengan izin Allah SWT, Ami dapat tawaran ke MRSM atau SBP pula (salah satu je yang akan dapat). Kita pun tak tahu apa yang kan terjadi kan? Jadi, lebih baik buat bila dah ada peluang daripada menyesali sebab tak buat.

Okeylah, sampai sini sajalah post Ami untuk hari ini. Salam & daa~

A/N: Tak sangka, panjang juga post kali ini. Huhu.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...