Click Me!

Give Me A Click!

Wednesday, March 18, 2009

Day ! 1: Sekolah baruku - SMT (ERT) Azizah @ SMTA

Isnin
23/2/2009

Hari ni Ami bangun pukul 5 pg. Teramatlah awal kan? Hehem. Tak taw la same ade Ami rase x-cited sangat utk ke skola baru atu terlampau nervous. Rasenye dua-dua kot. Sebelum mandi, Ami berguling-guling (-_-") jap atas katil; memikirkan apa yang akan berlaku pada hari ni. Then, Ami terus amik tuala & terus mandi.

Sebenarnya, Ami akan lapor dir ke skola baru Ami iaitu SMT (ERT) Azizah @ SMTA. Dan berkemungkinan besar juga Ami akan tinggal di asrama, andainya rayuan Ami untuk tinggal di asrama diterima. Ami hanya akan balik tyme cuti bulanan & cuti panjang. T_T

Semasa pendaftaran, Ami merupakan pelajar pertama dalam jurusan Ami (Pengurusan Makanan = Food Managment) yang mendaftar. Lepas bayar yuran untuk borang pendaftaran kat kaunter, Ami dan Abah Ami masuk ke Dewan Ibu Azizah @ DIA untuk sesi taklimat yang akan bermula sekitar 8.30 pagi. Parents dan pelajar yang datang baru sikit jer. So, sementara tu, Ami isilah borang maklumat pelajar. Sememangnya TERLAMPAU BANYAK benda yang perlu diisi dan kebanyakannya hampir sama. Kalau korang tengok borang tu, memang korang akan kate, "Ape ke hal banyak sangat bende merepek yang nak diisi nih??" Haha. XD. Nak tak nak, kene jelah isi borang tuh.

------------------------Selesai pendaftaran (Ami malas nak cite panjang2)----------------------

Petang td, Ami cepat2 kemas baju sebab permohonan untuk tinggal di asrama telah diterima. Memang kelam kabut giler sebab banyak barang tak ready lagi. Ami just grab jer apa yang sempat & perlu. Pada mulanya, tak sangka plak rayuan tu akan diproses dalam masa yang singkat. So, tak expect lah akn dapat. Tapi, apa2 pun, Ami tetap berkemas.

Lebih kurang kul 4.00 petang sampai kt asrama. Lambat sangat. Asramawati2 lain semua dah berkumpul kat Dewan Makan @ DM tyme Ami sampai. Tapi, nasib baik bukan Ami sorang jer yang lambat. Ade lagi sorang budak yang satu dorm ngan Ami and dia pun kata yang rayuan dia untuk tinggal di asrama baru diterima hari ni. Nama budak tu Raihani dari Taman Perling, orang JB gak. lepas kitorang susun barang kat dorm & tukar baju, kitorang terus gi DM and duduk ngan budak2 yang satu dorm ngan kitorng.

Lepas warden bagi taklimat ringkas kat asramawati, giliran AJK2 asrama yang terdiri daripada asramawati Form 5 pula memberi penerangan kepada budak2 Form 4. Kakak2 Form 5 suruh kitorang buat sesi introduction dengan memberitahu full name kitorang, nickname, sekolah asal & result PMR. Tyme intro Ami, senior2 Form 5 and budak2 dorm Ami terkejut bile Ami beritahu yang Ami dpt 8A tapi pilih untuk masuk ke skolah teknik. Ami pun bagi taw lah sebab Ami berminat sangat ngan jurusan yang Ami amik kat sini. Lagi satu, bila masuk kat skolah ni kan, Ami jumpa balik ngan sorang kakak ni namenye Kak Aida. Kak Aida ni pun sebenarnya x-SMKMR. Bestnyer!! At least, Ami bukanlah satu2nye x-SMKMR kt SMTA nih. Adelah geng kat sini.

AJK2 explain tentang peraturan2 kat asrama. Diorang bagi taw gak yang sepanjang seminggu minggu orientasi asrama ni, bdk2 Form 4 tidak dibenarkan untul menggunakan telefon & bilik gosok (tempat gosok baju). Say WHAT?! Memang terkejut giler lah. Plus, diorang cakap gak yang weekend nih kitorang tak leh balik. HA?? Alamak, Ami dah janji ngan budak2 nih yang Ami akan datang SMKMR untuk Hari Sukan. Cis! So girls, I'm terribly sorry that I can't make it for the Sports Day. *bow*

Pukul 6, kitorang beratur untuk dinner plak. AJK2 asrama suruh satu DM baca Asma'ul Husna. Tyme tengah baca tuh, Ami menangis. Tiba2 teringat kat parents kat rumah. Walaupun belum sampai satu hari, tapi rasa sedih sangat. Tapi, nasib baik dapat cover. Fuuh...

Okaylah, sampai sini jer lah post untuk kali ni. Memang terLAMPAU panjang kalau diikutkan. Jari Ami ni pun dah sakit2. Until next tyme, chow~

9 comments:

  1. salam

    aku paling benci sesi isi borang tu.menyakitkan hati .
    grrr!!
    wah!ada nama i lah.suke suke.
    hehe

    ReplyDelete
  2. Selamat menempuh hidup di tempat baru. Selamat maju jaya!

    ReplyDelete
  3. @raihani: eheh, skelah name die dlm blog kter.. :p

    @Mu.Sya.Joh: thnx!!

    ReplyDelete
  4. salam, mase abg& kakak dr UKM wat prgram Kesenian Islam 7-8 mac baru ni ade x?

    ReplyDelete
  5. @NurFahmi: salam..
    trimas krn singgah di blog nih..a-ah..ari tu ade kem kesenian islam ngan students UKM..nper?

    ReplyDelete
  6. hye...i ex student azizah...sekolah tu walaupun buruk tp bg pelbagai pengalaman untuk i hadapi hidup ni...niat hati memang nk teruskan belajar kt situ tp apakan daya,xmampu..pelbagai masalah & persoalan yang xmampu saya jawab dan terangkan kerana ianya satu kenyataan yang akan menghiris hati ini..

    ReplyDelete
  7. tp saya akui kerana SMT ERT AZIZAH lah saya kini adalah seoran muslim yang tidak meninggalkan solat..Ustazah Ramelah,kamu adalah idola saya..maafkan atas segala kesalahan yang telah saya lakukan tetapi anda lah yang menjadikan saya manusia hari ini..manusia yang kenalkan dunia..tq

    ReplyDelete
  8. Salam..

    Cikgu terjumpa blog awak nee.. Well done . Atleast student cikgu ada blog sendiri. Harap2 Fizik n addmath dapat flying colors.

    ReplyDelete
  9. Hai Dear, I am Christen Aida, SMT Azizah Batch 1991-1992, 4BCommerce, Please check out SMT Azizah facebook and join our Puteri Azizah Club (PAC), you are welcome to post and share anything related, please spread the news, the more, the merrier...Cheers.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...