Click Me!

Give Me A Click!

Wednesday, February 17, 2010

I'm into Medic

Assalamualaikum w.b.t

Cuti 9 hari kali ini selain dimanfaatkan untuk mengulangkaji, Ami ambil peluang untuk menonton J-drama, Code Blue. Drama ini bukan sebarang drama, tetapi drama berkaitan doktor. Insya-Allah, Ami bercita-cita ingin menjadi pada masa hadapan nanti. Jadi, apa salahnya Ami menonton drama untuk menimba pengetahuan serba sedikit tentang bidang kedoktoran. Code Blue merupakan drama kedua Ami tonton berkaitan perubatan selepas drama Mr Brain. Pelbagai istilah yang sudah Ami pelajari selepas menonton kedua-dua drama. Tetapi, Ami belum lagi selesai menonton Code Blue, baru episod 5. Selepas ini, Ami nak tonton Code Blue 2.

Setakat ini, apa yang Ami dapat daripada drama Code Blue ialah, kalau ingin menjadi doktor, seseorang itu memerlukan ketahanan dalam semua aspek: jasmani, emosi, rohani dan intelek terutama ketika menjalani housemanship @ internship. Perlu sentiasa alert, takut kena on-call. Ada kalanya tak dapat tidur selama 72 jam, terutama kalau doktor senior tiada dan kena duty pada malam tertentu. Akan tetapi, mama Ami kata housemanship ini tak lama. Cuma 2 tahun sahaja (tengok keadaan). Adatlah, mula-mula bekerja memang payah dan pahit, tetapi dah lama-lama insya-Allah akan menjadi mudah. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian, betul tak? ^_^

Jadi, sesiapa yang ingin menjadi doktor, perlulah siapkan diri anda daripada sekarang. Bukan ingin menakutkan, tetapi itulah cabaran yang perlu dihadapi jika ingin menjadi doktor. Tugas doktor ini merupakan satu tugas yang mulia, terutamanya apabila negara kita sangat memerlukan tenaga pakar dalam bidang kedoktoran serta perubatan Islam. Insya-Allah, Ami akan menuju ke arah itu. Semoga Allah memudahkan perjalanan Ami dalam menghadapi cabaran untuk menjadi seorang doktor.

Dr Nurul Amira Bt Zainudin akan wujud tidak lama lagi, insya-Allah. Amin.

Setiap cita-cita itu tidak mudah untuk dicapai, tetapi tidak mustahil bagi sesiapa yang berusaha keras untuk mendapatkannya.

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...