Click Me!

Give Me A Click!

Monday, February 15, 2010

There's NO Need for Us to Celebrate It, In Fact, It Doesn't Even Exist or Welcome In Our Calendar

Assalamualaikum w.b.t

Rasanya tidak perlu diberitahu lagi, post kali ini adalah berkaitan Valentine. Hari ini, kebanyakan blogger, pasti akan menaip post berkaitan Valentine. Bukan berkaitan dengan tradisi sambutannya, tetapi sejarah Hari Valentine dan larangan untuk menyambutnya, khususnya buat mereka yang bergelar Muslim dan Muslimah di luar sana. 

Kadang-kadang dalam hati Ami, rasa kasihan sangat kepada rakan-rakan blogger di luar sana yang sudah berpenat lelah menyatakan bantahan mereka terhadap sambutan Hari Valentine, malah ada yang sanggup menaip berjela-jela panjangnya sejarah hari Valentine. Perkara ini bukan sahaja berlaku di blog semata-mata, tetapi isu ini turut hangat dibahaskan di dada-dada akhbar dan disisarkan di kaca televisyen. Tambahan pula, yang merencanakan tajuk bukan calang-calang orang, tetapi mereka yang bergelar pendakwah dan alim ulama.

Namun, apa reaksinya?

Tiada apa-apa. Tiada respon. Nothing, as if it was useless or nothing happened. Usaha mereka ini seolah-olah masuk telinga kanan, keluar telinga kiri buat mereka yang berstatus Islam tetapi sambut Hari Valentine. Saban tahun ini perkara ini berlaku. Rasa kasihan lihat mereka. Terdetik dalam hati Ami, "Sampai bilakah umat Islam akan terus begini; sanggup mengikut membuta tuli amalan agama lain yang bertentangan dengan agama Islam

Ami nak tanya, perlu sangat ke sambut Hari Valentine sehingga ada di antara kita mengingatkan rakan-rakan, "Eh, jangan lupa bagi aku hadiah/coklat/teddy bear 14 Februari nanti. Kan Hari Valentine?" atau seumpamanya. Nak sangat ke terikut-ikut dengan budaya Barat sehingga sanggup menggadaikan maruah agama sendiri? Adakah hanya hari ini sahaja yang dikhususkan untuk kita menunjukkan rasa cinta dan kasih sayang kita kepada orang yang tersayang (tak termasuk teman lelaki @ teman wanita, sebab belum berkahwin dan couple bagi tujuan suka-suka adalah HARAM!)? Tak perlu diberitahu, rasanya jawapannya pun rakan-rakan dah tahu. Sebenarnya, hari-hari kita boleh meluahkan dan melafazkan rasa cinta. Tidak perlu tunggu 14 Februari untuk cakap.

Sebenarnya, Ami bukanlah arif sangat tentang bab keagamaan, tetapi apa yang Ami tahu Ami amalkan dan kongsi bersama rakan-rakan. Jadi, sebenarnya Hari Valentine tidak perlu disambut dan memang HARAM untuk disambut. Jadi, hukumnya adalah berDOSA bagi mereka yang menyambut hari tersebut kerana seolah-olah mengikut perbuatan agama yang bukan beragama Islam dan secara tidak langsung mereka yang mengikutnya menjadi salah seorang daripada agama tersebut.

Sebelum Ami undurkan diri, jika anda benar-benar boleh mengingati tarikh 14 Februari, bilakah Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan dan wafat? Ami tidak akan beri jawapannya di sini. Tepuk dada, tanyalah iman. Tidak malukah kita bergelar Islam tetapi ikut apa yang dianjurkan oleh agama lain? Nak luahkan rasa cinta? Tidak perlu tunggu Hari Valentine. Hari-hari pun boleh (tapi untuk yang mempunyai hubungan yang sah sahaja dibenarkan). Nak bercinta boleh, tetapi mestilah bersandarkan kepada Allah SWT. Cinta yang paling agung ialah cinta kepada Allah, dan seterusnya cinta kepada Rasulullah SAW, ibu bapa dan lain-lain.

Okeylah, sampai di sini sahaja. Konklusinya, BOIKOT HARI VALENTINE!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...