Click Me!

Give Me A Click!

Friday, July 16, 2010

Seorang Pun Tidak Mengapa Kerana DIA Sentiasa Bersama Saya

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera...

Buat kedua kalinya, Ami tinggal sorang-sorang kat dalam kelas tadi. Maksudnya? Ceritanya sebenarnya camni.

Semalam budak-buadak Ahli Lembaga Koperasi sekolah bersama satu kelas Ami iaitu 5 PM/PP telah berangkat ke Pulau Langkawi untuk lawatan koperasi. Semua classmate Ami pergi, kecuali Ami sendiri memandangkan Ami ada hal weekend ni. Hajat memang nak ikut, tapi fikir dah nak trial ni, lain kali lah pergi Langkawi tu. Lagipun, Ami dah 2 kali ke sana, jadi macam tak heran sangat. Bukan niat nak riak, tapi kita kena utamakan yang PALING UTAMA dahulu, yang lain buat kemudian.

Ramai yang tanya kenapa Ami tak ikut pergi Langkawi. Jawapan Ami senang je. Baca balik statement kat atas, itulah jawapan Ami. Ami tak kisah kene tinggal sorang-sorang dalam kelas & dorm. Lagi mudah sikit, sebab bolehlah Ami nak fokus buat revision & kemas meja Ami yang tengah bersepah tu. Pasal tidur kat dorm, Ami pun tak kisah tidur sorang-sorang kat dalam dorm, memandangkan Ami dah biasa tidur sendirian. Tapi, semalam Ami tidur rumah warden memandangkan warden pun sorang-sorang kat rumah, sebab seorang lagi warden cuti due to chicken pox.

Jadi, memandangkan Ami sendirian je kat kelas tadi, Ami pun kemaslah kelas Ami yang dah macam tongkang pecah tu. Lap tingkap, sapu sampah, semualah Ami yang buat, Penat memang penat, tapi disebabkan tinggal Ami sorang je, jadi tak kisah sangat. Then, masa Matematik tadi, Cikgu suruh datang Makmal Bestari untuk tolong dia masukkan kertas latihan dalam fail pelajar. Well, at least taklah buang masa jugak. Ami berbual-bual dengan Cikgu tu. 

Dah siap tolong Cikgu, Ami ke kafe untuk makan & kemudian balik semula ke kelas untuk sambung kerja Ami. Tak terasa pun masa berlalu dengan pantas. Keadaan ini akan berterusan sehngga kawan-kawan Ami pulang ke sekolah pada hari Ahad @ Isnin pagi nanti.

So, walaupun tak ikut ke Langkawi, Ami tak rasa rugi pun. Malah, Ami rasa sangat bersyukur memandangkan ini akan beri pelunag kepada Ami untuk masuk NST Spell-It-Right Competition yang bakal diadakan di City Square, JB. So, wish me luck okay?

Seorang tidak mengapa,
Kerana kita tidak pernah keseorangan,
Allah sentiasa menemani KITA...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...