Click Me!

Give Me A Click!

Friday, September 10, 2010

Ceritera Syawal 1

Bismillahirrahmanirahim

Aku bangun pagi pada hari ini dengan penuh kesyukuran kerna dipanjangkan umur untuk menikmati pagi Syawal yang indah ini. Setelah membersihkan diri ku, aku menyarung baju kurung raya baru ke badanku. Alhamdulillah, aku dikurniakan nikmat dapat merasai Syawal dengan pakaian baru. Mama yang belikan. Rezeki yang diberikan oleh Allah. Sementara abah dan adik lelaki ku menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid, aku, mama dan 2 orang adikku tinggal di rumah. Aku menolong mama untuk mempersiapkan hidangan raya. Tidak banyak yang mama masak, tetapi Alhamdulillah, cukup untuk kami semua merasai nikmat-Nya. Ada serunding, rendang daging, ayam masak merah dan kuah kacang. Sudah tentu tidak dilupakan ketupat dan lepat.

Kemudian, setelah menikmati hidangan raya, kami semua beralih ke sesi bergambar. Agak payah memandangkan adik kecilku, Sakinah tak boleh duduk diam. Maklumlah, budak kecil, baru nak hidup. Kesian dia. Amirul tengah setting kamera, Sakinah pun sibuk mahu lihat sama. Inilah shot yang berjaya diambil.


Selepas sesi bergambar, sesi bermaafan pula. Macam biasalah, bersalaman dengan ibu bapa diikuti dengan adik-beradik. Kemudian, mama berikan kami semua duit raya. Sekali lagi, Alhamdulillah.

Kemudian, kami semua bergerak ke rumah pak cik Ami di Larkin. Semua adik-beradik mama berkumpul. Memang meriah sangat. Ya Allah, janganlah Kau tarik nikmat ini sementara kami semua masih lagi memerlukannya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...