Click Me!

Give Me A Click!

Wednesday, March 2, 2011

Jom Bersenam!

Ceh, macam poyo je kan ayat kat atas tu? *Gelak* Eh, serius lah ni. Dah 2 bulan duduk rumah; tapi takdelah asyik makan tidur makan tidur je kan, ada jugak lah buat kerja-kerja rumah. Tapi, semestinya, makan lah yang first in the list. Bila lemak agak dah banyak tu, barulah timbul rasa nak bersenam. Sengal, Ami lah tu. *Gelak*


Bersenam ni senang je sebenarnya. Mula-mula, mindset Ami ingatkan bersenam tu kena jogging je. Itu betul, tapi jogging hanyalah salah satu senaman. Senaman ade pelbagai bentuk. Tapi bagi sesiapa yang agak 'kemalasan' nak keluar rumah pergi berjoging, buat senaman mudah atau aerobik kat rumah je pun boleh. Ha, sesiapa yang ada internet kat rumah tu, manfaatkan kemudahan tu. Pergilah bukak Youtube, cari video 'aerobis workout at home', gerenti berlambak ada. Pilih je yang mana satu. Inilah salah satu video yang Ami jumpa:


Mudah je kan sebenarnya? Dalam masa kurang 20 minit, korang boleh buat macam-macam aerobik mudah. Ami pun ada juga jumpa website yang guna avatar untuk melakukan senaman mudah, klik SINI. Gerakan-gerakan ni khusus bagi mereka yang nak melangsingkan perut dan peha.

Senaman ni mudah je sebenarnya (baru tahu). Ada kasut sukan, ruang yang lapang & gym mat (kalau ada lagi mudah, takdelah kena sakit belakang sebab baring atas lantai keras), boleh buat senaman. Paling penting, jangan hangat-hangat tahi ayam, kena berterusan *Ingat tu, Ami!* Insya-Allah, hasilnya akan menyenangkan. Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...