Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t..
Alhamdulillah, I've managed to pull myself back now. Jadi, sekarang masa untuk isi apa segala borang yang perlu diisi: UPU & maktab. Asalnya, kaunselor sekolah letak Ami bawah Program Pelajar Cemerlang (PPC) di mana subjek yang bakal diajar adalah Matematik kategori Sekolah Menengah. Istimewanya program ini ialah pelajar yang berada di bawah program ini berpeluang untuk ke luar negara. Wow, macam best kan? Tapi, Ami terpaksa tukar ke program lain sebab Ami tak minat nak mengajar budak-budak sekolah menengah. Plus, Ami rasa Ami tak layak masuk PPC tu, takut nanti jadi inferiority complex. Jadi, Ami decide untuk pilih Matematik (SK) bagi opsyen 1 & Sains (SK) bagi opsyen 2. Tetap tak lari dari bidang Sains & Matematik.
Next, update UPU pula. Hah, ni lagi kompleks. Ingat senang ke? Berkaitan masa depan, tak boleh main pilih je, merana badan nanti. Pilih tak boleh sebarang pilih. Nak pilih kena la ikut minat & kelulusan SPM. Pening juga Ami nak memilih. Ami minta tolong Mama untuk bantu Ami pilih kursus yang Ami nak. Macam-macam considerations yang perlu diambil masa nak pilih: grades requirements, tempoh pengajian, lokasi kampus, chance untuk further ke peringkat ijazah sarjana muda a.k.a degree & macam-macam lagi. Memang habis ber'google' la dengan Mama masa buat research. Alhamdulillah, setelah kemaskini itu ini, inilah pilihan Ami:

Klik untuk jadikan dia membesar! |
Dah baca gambar kat atas tu? Sebelum nak pilih kursus-kursus kat atas tu, memang contemplate lah. Inferiority complex, fobia; huh, macam-macam lah. Yalah, emosi agak 'kurang' stabil due to my pure science subjects' grade, jadi memang teragak-agak nak memilih. Tapi, fikir-fikir, gred yang Ami dapat masa SPM ni tak seharusnya jadi penghalang minat. Alhamdulillah, gred-gred Ami melepasi grades requirement yang ditetapkan, jadi tinggal ketentuan Allah sajalah.
Matrikulasi pula? Ha, yang tu dah selesai sebelum SPM lagi. Tengah tunggu masa nak dapat je.
Alhamdulillah, urusan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya sudah selesai. Pilihan yang dibuat cumalah ikhtiar Ami sahaja, natijahnya biarlah Allah saja yang menentukannya. Ami cuma boleh berdoa agar pilihan yang Ami buat tu betul & dipermudahkan urusan. Harus sentiasa doa & tawakal.
Not only that, I'm also very grateful that my dear Mum helped me in making decisions this time. For now, most of things, I will consult her since she is much more experienced. Without her, my mind would go 'ting tong' while filling all this UPU thingy. Thank you, Mama!
P/S: Huh, macam ni lah rasanya baru nak mulakan kehidupan. Pilihan harus dibuat dengan hati-hati, agar tidak susah di kemudian hari. Ececeh, berbahasa nampak? =)
No comments:
Post a Comment