Click Me!

Give Me A Click!

Friday, April 8, 2011

Acara Gempak Dengan Segmen Menunjuk-nunjuk!

Assalamualaikum

Entri kali ni sangat SARKASTIK. Sengaja Ami buat cam ni, sebab PRIDE Ami as a Muslimah sejak kebelakangan ni sangat tercabar. Lantak pi lah kalau ade yang SPAM pun. Kalau berleter bagi ceramah bertimbun-timbun pun tak jalan, tegur secara MENYINDIR je la. BOOHOO~

Anyway, title entri ni je yang lebih kurang sama dengan title artikel dalam satu akhbar. Selebihnya, isi dikarang sendiri oleh Ami, plus dengan copy+paste, with full credits.

Okay, sebenarnya macam ni, ABPBH 2010 telah melabuhkan tirainya pada malam Ahad (3 April) baru-baru ni. After blogwalking, memang ramai blogger yang duk sibuk buat review tentang benda tu, excluding Ami, sebab MALAS NAK TENGOK! Tengok sekadar jengah. Ahah, tipu la! Okay, Ami betul-betul tengok part Faizal Tahir bagi acceptance speech sebab speech dia sangat DA BOMB! Selebihnya, macam yang Ami taip kat atas tu, SEKADAR JENGAH!

Nampaknya, Ami sudah mula merepek. Back to the main point. Kenapa Ami taip 'PRIDE Ami as a Muslimah sejak kebelakangan ni sangat tercabar'? Sebabnya, tengok rata-rata orang (perempuan la senang cakap) sekarang berpakaian tak cukup kain. Maybe tak semua, tapi seolah-olah majoriti. Alah, paling senang tengok aje ABPBH 2010 tu. Berapa ramai sangat la artis perempuan yang pakai cukup kain, or to be exact, yang pakai tudung? Uish, kalau zoom-in guna kamera dari atas, 1 atau 2 dalam beribu artis yang datang malam tu kot.

Yang lain, pakai baju yang-entah-pape-plus-tak-cukup-kain-nak-menunjuk. Serius cakap ni, Ami naik muak dan jijik. Masakan tidak, mereka ni pakai baju semua nak terdedah. Dah tak cukup dedah kepala, yang bawah pun nak jugak. Ade jugak yang berani dedah belakang. Nak tengok jugak nanti, ada tak yang berani nak dedah depan.

Bagi Ami, ABPBH tu tak lebih sebagai MEDAN MENUNJUK-NUNJUK. Tunjuk apa? Tak kisahlah tunjuk apa-apa pun; baju, badan, aksesori & macam-macam lagi la. Dari yang muda sampai ke tua (oops, terasa ke? Padan muka!) sama je semua. Dengan baju yang berkemban, lengan pendek, takda lengan pun ada, pendek kat bawah, even yang meleret-leret pun ada gak. Haish, tak faham la. Dah macam takde baju lain ke yang nak pakai? Kalau sponsor sekali pun, takkan takda pendirian sendiri nak pilih baju yang tutup kot. Ade akal, tapi tak guna.

EH, INGAT JELITA + GEMPAK SANGAT KE PAKAI MACAM TU? DAH KEMARUK TITLE 'SEKSI'? EH, TOLONGLAH, NI BUKAN OVERSEA LA! NAK SANGAT PAKAI MACAM TU, PERGI MASUK GRAMMY AWARDS ATAU OSCAR AWARDS LAH SANE. PAKAI APA PUN ORANG TAK KISAH!

*Istighfar*Selawat*
Masya-Allah, kenapa suka lah sangat nak menjaja 'saham' tu? Tak puas dah 'menjaja' kat tempat tu, 'menjaja' secara live-broadcast pulak tu. Muak la tengok perempuan pakai terdedah ni. 

Then, ade artis yang keluarkan statement ni dalam BH hari ni: "Saya tak kisah orang nak kata apa pun. Saya seorang wanita dan saya berhak untuk memilih apa saja gaya yang saya suka."

Banyak cantik muka! Tak kisah apa orang kata? So, tak kisah la jugak berapa banyak dosa yang terpaksa kitorang tanggung disebabkan tengok korang berpakaian macam tu kan? Eh, come on lah, dah besar, dah mumaiyiz, dah akil baligh, takkan nak cakap banyak kali kot! Tak malu! Membuka aurat di khalayak ramai adalah haram! Dah sah-sah dalam al-Quran & Rasulullah SAW sendiri pernah cakap, masih nak melawan?!

"Wahai Asma, sesungguhnya seorang wanita apabila sudah cukup (telah baligh), TIDAK BOLEH DILIHAT DARIPADANYA, kecuali ini dan ini," seraya Baginda SAW menunjukkan kepada WAJAHNYA & KEDUA BELAH TAPAK TANGANNYA.

Suruh tutup seluruh badan (bukan dengan pakaian yang ketat & sendat, itu BALUT BADAN namanya) & pakai tudung (bukan tudung labuh, cukup sekadar menutupi dada & belakang), susah sangat ke? Bukannya suruh pakai purdah atau niqab pun (kalau pakai lagi baik).

Ha, jangan nak mengada-ngada kata yang walaupun korang pakai terdedah, korang tetap solat. SOLAT & AURAT ARE TWO TOTALLY DIFFERENT THINGS! Bak kata, Cik Epal, kalau setakat solat, tapi pakai seksi, tu namanya ketaatan dalam solat tidak dibawa ke luar solat. Solat & aurat; dua perkara berbeza yang WAJIB dipatuhi. Kalau dah kata wajib tu, faham-faham sendiri lah ye. Buat dapat pahala, tak buat dapat dosa.

Sampai sini je lah, entri Ami. Kalau ada yang kata, "Jangan sibuk jaga tepi kain orang la!", ni jawapan Ami untuk korang: Setiap orang yang beriman sewajarnya memahami betapa KEWAJIPAN MENUTUP AURAT ADALAH HAK ALLAH SWT YANG AKAN DIPERTANGGUNGJAWABKAN NANTI. Orang nak tolong buat amar maaruf nahi mungkar, sama-sama bagi peringatan sebab kita semua saudara seIslam.

Ami sendiri sedar, Ami ni bukanlah perfect. Tapi, masing-masing punya kewajipan untuk jalankan amr-bil-maaruf & nahi-anil-mungkar. Sekadar teguran, terimalah dengan hati terbuka & bertaubatlah sementara rahmat-Nya masih terbentang luas.Wallahualam. Sekian, wassalam.

P/S: Ami takkan post sebarang gambar untuk dijadikan contoh. Bukan sebab takut, tapi tak nak tambah dosa korang tengok gambar dedah-dedah ni. Cukup la korang dah tengok kat TV hari tu, blog orang lain pun dah upload, tapi bukan di sini. Kalau nak jugak, pi cari sendiri ye! Plus, please take note with every words that have been enlarged and colored. Terima kasih sebab sudi membaca.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...