Click Me!

Give Me A Click!

Tuesday, April 12, 2011

Blogger di Zaman Sekolah

Assalamualaikum w.b.t

Hah, kali ke-2 gatal nak masuk segmen blog orang lain. Alang-alang masih ada masa senggang ni, rajin-rajinkanlah diri Ami ni nak penuhkan kotak entri.

Okey, sebelum Ami mula merapu, baik straight to the point. Siang tadi, masa blogwalking Ami terjah sekejap satu blog. Authornye ade buat segmen. Mahu tahu lebih lanjut, korang terjah lah blog ini.




::Nama Kelas::
5 Pengurusan Makanan

::Kenangan Manis::
Berlambak, payah nak pick-up dari kepala ni. Erm, dapat jadi salah seorang peserta menyertai program RIMUP peringkat kebangsaan pada tahun 2009. Masa tu Ami 16 tahun (Form 4). Tiada niat untuk riak, tapi nak join RIMUP bukan calang-calang boleh pergi. Bersyukur sangat dapat pergi, alhamdulillah!

::Kenangan Pahit::
Ni pun banyak. Salah satunya, Ami almost kena H1N1. Subhanallah, Allah sahaja yang tahu keadaan Ami masa tu. Memang masa tu tengah musim demam. Dah tengahari, suhu badan naik hampir 40 darjah Celcius. Fuh~ Balik rumah (Ami sebenarnye hostelians), terlantar hampir seminggu atas katil, kena kuarantin, sebab badan tak kebah.

::Cikgu yang Paling Tak Disukai::
Cikgu yang Ami paling tak suka? Hmm, takde kot. Entahlah ek, sebab mak Ami sendiri cikgu, jadi kalau tak suka cikgu, Ami rasa seolah-olah Ami tak suka mak Ami.

Bukan tak suka, tapi kurang berkenan tu adalah. Cikgu Kimia Ami. Ami kureng berkenan sikit dengan dia sebab ada kalanya dia tegur satu kelas tu dengan teguran pedas. Pergh~ Tahulah untuk kebaikan, tapi cara dia tegur tu macam menunjuk. Tapi, walau apa pun, Ami tetap berterima kasih kepada dia sebab dia banyak bantu Ami & beri Ami peluang jadi promoter sekolah.

::Crush Kat Sekolah?::
Takde kot (<--- Penipu besar!) Of course lah ada! Tapi Ami cerita yang first time je la, sebab Ami banyak kali crush kat orang. Tsk tsk tsk. First time crush masa darjah 6. Biasalah kan, budak-budak, pemikiran cetek. Ami crush dengan budak tu atas dasar rupa semata-mata je, tak lebih. Kebetulan pulak, kitorang classmate (sejak darjah 3, tapi start crush masa darjah 6) & rumah kitorang dekat-dekat (satu jalan). Jadi, habis extra class, sometimes kitorang jalan sama-sama (but no holding hands okay!). Nama budak laki tu Azfiq.

::Gambar Kenangan Masa kat Sekolah::
Ami hanya boleh upload 1 atau 2 gambar je, atas dasar privacy.

Kenangan hari terakhir KAT Kebangsaan 2010 bersama para pembahas Terengganu

Hari terakhir bersama boyfriends Ami yang berpindah ke MRSM Mereka ni sangat bijak!

Terima kasih sebab sudi terjah dan baca!

2 comments:

  1. hoho.. macam sekolah ada da join ni.. heh.. ada international, skolah agama, SBP, teknik.. hrian biasa.,.. gempak la!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...