Click Me!

Give Me A Click!

Saturday, April 2, 2011

Ia Berlaku Lagi

Dipetik daripada status rakan FB saya, Leokid:


Huzaifah bin Usaid alGhifari RA berkata:


“Telah datang kepada kami Rasulullah SAW dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang.


Lalu Nabi bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”


Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari Qiamat.”


Lalu Nabi SAW bersabda: “Tidak akan terjadi hari Qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya.”


Kemudian Baginda menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam ‘alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab, dan yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka.”


(Dikeluarkan oleh Muslim dlm shahihnya Jld 4, Kitab alFitan, #2901. Juga Ibn Athiir, Jami’ alUsyuul yg dikeluarkan oleh Abu Daud dan atTirmidzi. Hadith shahih dari jalur Hudzaifah alGhifari RA.)


Pada 11 Mac 2011, dunia telah dikejutkan dengan gempa bumi & tsunami yang telah melanda negara matahari terbit iaitu Jepun. Sehingga ke hari ini negara tersebut masih lagi diuji dengan gempa susulan.

Pada 24 Mac 2011, satu gempa bumi berukuran 6.8 pada skala Richter telah melanda Myanmar. Untuk berita lanjut, klik SINI.

Baru-baru ini, dunia sekali lagi dikejutkan dengan satu lagi gempa bumi dengan magntiud 5.9 pada skala Ricther telah melanda Greece. Nak tahu lagi? Klik SINI.

Tidak sampai sebulan, begitu banyak kejadian gempa bumi besar telah melanda secara berturut-turut. Benarlah, kita ini sekarang hidup dalam dunia akhir zaman. Tetapi, sejauh manakah persediaan diri ini? Masih terlalu banyak yang rongak. Ya Allah!

Kedatangan makhluk dajjal serta Yakjuj & Makjuj juga kian menghantui, dan hanya menunggu masa untuk memunculkan diri mereka. Ada ketikanya, hati terdetik, 'Ya Allah, janganlah biarkan aku hidup pada masa makhluk tersebut itu datang kerna aku bimbang iman ku tidak cukup kuat untuk menghadapi apatah lagi menepis fitnah yang dibawa oleh mereka. Aku memohon keampunan serta perlindungan daripada-Mu, ya Allah.'


Dikreditkan kepada Leokid, terima kasih kerana sudi berkongsi. Syukran jazilan wa khairan.

2 comments:

  1. takutnyee.. entry blog ami byk pengajaran.
    like this blog :)

    ReplyDelete
  2. hasil perkongsian daripada rakan blogger lain..
    moga same2 kita dpt ambil pengajaran, insya-Allah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...