Click Me!

Give Me A Click!

Saturday, March 13, 2010

Hiba dan Sedih

Assalamualaikum w.b.t

Rasa macam dah lama ttak update blog Ami yang satu ini. Maklumlah, walaupun tiap-tiap minggu balik dari hostel untuk kelas tusyen luar, Ami rasa macam tiada mood untuk tulis cerita baru. Ami memerlukan masa sekurang-kurangnya 1 jam untuk tulis post baru. Tambahan pula, minggu lepas merupakan exam week dan itu lagilah membuatkan Ami tak sempat nak update. Sekurang-kurangnya, cuti sekolah kali ini memberi peluang Ami untuk bercerita kepada tentang macam-macam perkara berlaku sepanjang penghujung Februari sehingga awal Mac.

Hari ini merupakan hari di mana keluarga pak cik Ami dan keluarganya akan berangkat ke Makkah untuk menunaikan umrah. Tapi, tidak semua anak-anaknya ikut. Yang tinggal cuma Karim a.k.a Boboy dan Syahida a.k.a Kak Uda sebab kedua-duanya ada kuliah sepanjang cuti. Sebelum ayah (panggilan Ami untuk pak cik Ami) dan familinya bertolak ke Changi Airport (flight mereka ke Tanah Suci dari Singapura), Ami bersalaman dengan mereka. Perasaan hiba tiba-tiba datang menyelubungi diri. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab Ami teringin mengerjakan umrah bersama mereka atau ada benda lain, Ami tak tahu. Tetapi, rasanya sebab Ami ingin sangat ikut mereka. 

Ami selalu baca buku dan tengok gambar pemandangan di Tanah Suci lalu Ami jatuh cinta. Ami ingin sangat bertawaf mengelilingi Kaabah, menunaikan solat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi dan buat macam-macam ibadah di sana. Paling utama, Ami nak ziarah makam kekasih hati Ami, yang juga junjungan besar iaitu Nabi Muhammad SAW. Memetik daripada sebuah hadis yang pernah dibacakan oleh Ustaz Zaid, sesiapa yang menziarahi makam Rasulullah SAW, seolah-olah dia menziarahi Baginda SAW ketika Baginda SAW masih hidup.

Baiklah, Ami pun tidak mahu menulis panjang lagi. Ami berdoa dan amat-amat berharap agar Allah kurniakan rezeki serta kesempatan masa dan ruang untuk menunaikan umrah sebelum menduduki SPM tahun ini.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...