Click Me!

Give Me A Click!

Saturday, January 1, 2011

First Post of the Year!

Assalamualaikum w.b.t


Syukur ke hadrat Ilahi kerana Ami masih lagi dipanjangkan umur untuk menyambut kedatangan tahun baru 2011. Siapa sangka fasa sedekad pertama alaf baru sudah pun berlalu dan kini kita sedang menginjak ke fasa yang kedua pula. Macam-macam kenangan 2010 yang telah dilalui, dan jika mahu diimbau kembali, tidak terkira banyaknya. Pada masa yang sama, berapa banyak jugalah nikmat yang telah Dia limpahkan kepada kita; berapa banyak bekalankah yang telah kita kumpulkan untuk persediaan dunia di 'sana' kelak; berapa banyak kemungkaran telah kita buat terhadap-Nya dan juga berapa kali jugakah telah kita memohon taubat daripada-Nya. Tepuk dada tanyalah iman; anda tahu anda berada di mana dan saya juga tahu saya berpijak di dunia mana.

Sepertimana wish tahun baru yang Ami telah sampaikan kepada rakan-rakan: Semoga tahun 2010 telah memberi pelbagai kenangan, baik manis mahupun pahit, dan jadikanlah ia sebagai pengajaran serta panduan dalam menempuh kehidupan pada tahun 2011, insya-Allah. Jadi, jadikanlah setiap tahun mahupun hari yang mendatang itu lebih baik daripada sebelumnya.

So, let's share our wishes and resolutions. My resolutions for this year are:
  1. Pass my SPM 2010 with flying colours; hopefully I could get 10A's or 9A's the less, amiin. I've tried my hardest best, and only Allah can judge it. He always there listening.
  2. Mengerjakan umrah sebelum result SPM keluar, insya-Allah
  3. Kumpul duit simpanan sekurang-kurangnya RM1200 sebelum melanjutkan pelajaran
  4. Nak beli Apple iPad
  5. Diterima masuk ke Matrikulasi, Pusat Asasi Sains Hayat @ buat A-level di Intec
  6. Khatam al-Quran sebelum melanjutkan pelajaran, insya-Allah
  7. Kumpul DVD CSI: Miami (Season 2-9)
  8. dan banyak lagi...
Segala di atas hanyalah perancangan dan Ami berdoa agar Allah permudahkan segala urusan Ami ini kerana Dia sahaja yang berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu. So, all in all, HAPPY NEW YEAR 2011 and may this year will bring lots and lots of happiness for you.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...