Click Me!

Give Me A Click!

Monday, February 2, 2009

Apabila sekolah sudah bermula....

Assalamualaikum w.b.t. & salam sejahtera. Hari ini, Ami nak buat short entry sajalah.

Wah, hari ni bermulalah hari persekolahan setelah 10 hari bercuti sempena Tahun Baru Cina. Gong Xi Fa Cai! Maaflah kalau terlambat ucap. Tapi, better late than never, kan?

Okey, habis cerita cuti. Sekarang massa sekolah pula. Hari ini, agak memenatkan seperti hari-hari persekolahan yang lalu. Cuma macam agak terkial-kial sedikit untuk cath-up dengan pelajaran. Yalah, mana taknya, cuti asyik mengadap laptop, belajar pun sikit-sikit. (Haha, pecah tembelang ku!) Tapi, alhamdulillah basic studies masih dapat aku catch-up lagi.

Hari ini, masuk topik baru untuk Add Math. Untuk hari ini saja, cikgu bagi 10 latihan daripada buku teks. Lepas itu, ditambah pula dengan subjek Math & Pendidikan Islam. Tapi, semua latihan yang cikgu-cikgu berikan itu sebenarnya adalah untuk membantu kita meningkatkan lagi pemahaman kita.

Okey, tutup cerita kerja sekolah. Sekarang, cerita cheerleading pula. Sekali lagi, penyakit nyanyuk melanda Ami. Banyak step & move yang cikgu dah latih sebelum cuti yang lalu, Ami dah tak berapa ingat. Ingat pun sekadar sahaja. Tapi, nasib baik dapat catch-up pace. Coach pun ada buat susunan formasi. Antara formasinya adalah formasi X & formasi kotak. Letih-letih buat latihan cheerleading ni, ada seronoknya. Ami sangat suka!

1 comment:

  1. Salam..

    tahniah dah wujudkan blog sendiri..
    manfaatkan sebaik mungkin ke jalan yang diredhai Allah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...