Click Me!

Give Me A Click!

Saturday, February 21, 2009

Meniti hari-hari terakhir ku di SMKMR....

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera...

Hari ni merupakan hari terakhir Ami jadi student SMK Mutiara Rini. Mulai next week (23/2), Ami akan melapor diri ke SMT (ERT) Azizah dan sambung study Ami di sana.

Perasaan Ami hari ini bercampur-baur. Happy + sedih. Kenapa happy? Kenapa sedih? Happy sebab Ami telah berjaya mendapat tawaran ke sekolah baru. Sedih sebab terpaksa meninggalkan tempat yang Ami dah spend 3 tahun menuntut ilmu sehingga berjaya dapat 8A. Syukur alhamdulillah. Sedih kerna terpaksa meninggalkan sahabat-sahabat 'kamceng' kat sini: Sara, Fatin, Firah, Syara, Asma', As, Alyn, G-ha, Rohaiza & ramai lagi. Nak dilistkan sorang-sorang, memang tak sempat.

Masa hari Jumaat, kitorang ade buat experiment cheek cell & plant cell. Experiment ni untuk PEKA Biologi. Best! Dapat main-main ngan light microscope. Ngaha, macam orang tak pernah jumpa microscope plak. Time kaji kedua-dua cell tu memang best. Macam-macam struktur cell atau organelle yang kitorang nampak pada cell tu. Tapi cheek cell tu kitorang tak berapa nampak sangat organellenya. Yelah, amik sample pun sikit jer, tapi nak amik banyak-banyak, nanti takut luka pula.

Sebelum balik masa hari Jumaat tu, Ami sempatlah minta autograph budak-budak ni. Diorang pun ade tanye jugak kalau Ami ade balik atau datang ke SMKMR lagi tak. So, Ami pun jawablah, kalau tak ada aral melintang, insya-Allah hari sukan nanti (28/2) Ami akan datang. Diorang pun sukalah bila Ami beritahu macam tu.

Hari ni, ada kokurikulum. Ami pun datanglah. Diikutkan dalam sijil berhenti sekolah Ami, tarikh Ami berhenti sekolah adalah 20/2, tapi disebabkan ade unfinished business, so kenalah datang. Alah, lagipun kat rumah tak buat apa-apa, so baik datang sekolah dan menikmati masa-masa terakhir kat SMKMR. Ngehehe.

P/S: Baru sekarang Ami tahu bagaimana perasaan mereka yang terpaksa meninggalkan sekolah lama mereka. By the way, gambar-gambar time experiment Biology tu nanti Ami akan upload kemudian.

1 comment:

  1. Light telescope? Huhuhu, mungkin maksud kamu light microscope.

    Mutiara Rini eh? Kenal Firdaus? (mak dia pensyarah matematik di UTM) Dia ada masuk kem Olimpiad juga hari tu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...