Click Me!

Give Me A Click!

Wednesday, March 17, 2010

Sunnah Rasulullah SAW dalam Solat Fardhu

Assalamualaikum w.b.t

Semalam, satu ceramah sempena sambutan Maulidur Rasul telah diadakan di surah Mutiara Aula, Presint Utama (kawasan rumah Ami). Cuti sekolah inilah Ami manfaatkan untuk menghadiri ceramah atau mana-mana majlis ilmu yang diadakan berdekatan rumah Ami.

Ceramah semalam telah diberikan oleh Hakim Mahkamah Syariah Johor, Yang Arif Ustaz Morshid Bin Maarof. Tajuk ceramahnya ialah Sunnah-sunnah Rasulullah SAW dalam Solat. Isi-isi yang Ami catatkan kebanyakannya sudah diringkaskan. Jadi, Ami akan cuba terangkan semula sebagaimana yang telah diperkatakan oleh Yang Arif Ustaz:

  • Ketika takbiratul ihram, tidak perlu sebut penuh niat, contohnya: Sahaja aku solat fardhu Maghrib tiga rakaat tunai kerana Allah Taala. Cukuplah sekadar lintasan hati & mempunyai perkara ini: Sahaja aku solat fardhu Maghrib. Ringkas bukan? Satu lagi, semasa mengangkat takbir,tidak perlu lama-lam nak cakap 'Allahu akbar'. Sebab, ada sesetengah orang sampai 3 kali mengangkat takbir semata-,ata nak dapatkan khusyuk. Ingat, nak dapatkan khusyuk bukannya daripada takbiratul ihram sahaja, bak kata Yang Arif Ustaz.
  • Mengikut sunnah Rasulullah SAW, ketika membaca al-Fatihah dalam solat, kalau kena wakafkan bacaan, wakaf. Setiap kali, nak masuk ayat baru, tarik nafas. Maksudnya, ayat surah al-Fatihah baca satu per satu. Pastikan sebutan betul, makhraj huruf betul dan mematuhi setiap hukum tajwid termasuk panjang pendek bacaan. Jika hukum-hukum ini tidak dipatuhi, solat boleh menjadi tidak sah.
  • Semasa menunaikan solat berjemaah, mengikut mazhab Imam Syafie, setiap orang wajib membaca al-Fatihah. Berbeza dengan mazhab Imam Hanafi, imam akan akan menanggung segala bacaan al-Fatihah makmumnya. Bagi imam, tempoh peralihan daripada surah al-Fatihah ke surah seterusnya dalam solat ialah sempat membaca "rabbana atina fiddunya hasanah..." sebanyak tiga kali. Ini membolehkan para makmum sempat membaca al-Fatihah.
  • Semasa membaca ayat-ayat al-Quran dalam solat, sebutannya perlu jelas dan mematuhi hukum tajwid (sama seperti ketika membaca al-Fatihah). Setiap ayat al-Quran merupakan kalam Allah, jadi ia wajib dihormati supaya kesuciannya tidak tercemar dan maksudnya juga tidak berubah. Selain itu, ini untuk memudahkan malaikat Raqib untuk mencatat pahala bacaan kita. Bayangkan, jika kita membaca al-Quran secara tergesa-gesa, pasti sebutannya akan menjadi tunggang-langgang dan sukar untuk difahami, bukan? Apabila sukar untuk difahami, maksudnya juga tidak dapat dihayati. Jadi, apabila malaikat pun tidak faham dengan bacaan kita, jadi proses untuk memberi 'markah' adalah sukar, lalu malaikat Raqib pun akan serahkan bacaan kita kepada Malakat 'Atid, pencatat kejahatan. Maka, sia-sialah bacaan kita. Biarlah al-Quran menjadi peguambela kepada kita ketika di akhirat nanti, bukannya menjadi pendakwa dan melaknat kita nanti. Jadi, kalau nak senang, pilihlah surah yang mudah untuk dibaca & anda tiada masalah dengan hukum tajwid serta cara bacaan surah tersebut. Baca ayat pertama surah Yaasiin sahaja pun boleh. Mudah kan?
  • Tama'ninah dalam solat wajib dipatuhi. Yang ini memang tiada toleransi sebab memang dah termaktub dalam rukun solat. Jika tidak dipatuhi, secara automatik solat kita akan terbatal.
  • Semasa membaca doa qunut dan tahiyat awal atau akhir, sebutan mestilah betul termasuk tanda sabdu. Terutamanya, ketika membaca selawat ke atas nabi. Pastikan sebutan Muhammad (mim sabdu dibunyikan) betul. Apa jadi jika orang salah sebut nama kita, tentu kita marah, bukan? Begitu juga dengan nama Nabi Muhammad SAW. Jika kita ingin Baginda SAW beri syafaat kepada kita, jadi kita perlulah berselawat kepadanya dengan cara yang betul.
Baiklah, ini adalah antara sunnah dan cara perlaksanaannya dalam solat dengan cara yang betul. Setiap cara ini wajib dipatuhi, supaya solat kita diterima Allah SWT. Ketika di alam barzakh nanti, amalan yang pertama yang akan dihisab nanti adalah solat. Jik, amalan solatnya baik dan mencapai tahap piawai yang sangat cemerlang, segala amalan yang lain pasti akan diterima. Sebaliknya, kalau di amalan solat pun dah terkandas, bagaimana pula dengan amalan-amalan yang lain?

Harap-harap, apa yang Ami dah postkan di atas tadi, boleh membantu rakan-rakan dalam memperbaiki solat anda dan untuk Ami juga. Sama-samalah kita amalkan secara istiqamah dan semoga amalan ini dapat membantu kita dalam urusan di dunia, di alam barzakh dan di akhirat kelak.

    1 comment:

    1. maknanya aku boleh baca --yaasinn.....
      kan?

      ReplyDelete

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...