Click Me!

Give Me A Click!

Sunday, March 14, 2010

Sweet 17

Assalamualaikum w.b.t

Pada 22 Februari yang lalu, Ami secara rasminya telah berumur 17 tahun. Alhamdulillah, Allah masih panjangkan umur Ami dan beri peluang Ami untuk meneruskan hidup dengan beribadah kepada-Nya. Muhasabah balik, apa yang Ami telah lakukan sepanjang Ami hidup di muka bumi ini? Adakah segala suruhan Allah SWT telah Ami laksanakan dengan baik? Adakah segala kewajipan Ami telah tunaikan? Moga-moga segalanya telah dikerjakan dengan baik.

Pada tahun ini juga, merupakan pertama kali Ami sambut hari lahir tanpa keluarga di sisi tapi di hostel. Walaupun agak sedih, tapi Ami gembira dan bersyukur sangat sebab Mama Ami hantarkan kek ke asrama. (Sayang Mama!) Jadi, Ami sambut bersama rakan-rakan. Inilah gambar-gambar yang sempat diambil:





 Kek Ami: American Brownies..


 Nak potong kek untuk pak cik guard sebab tolong passkan kek daripada Mama

 Tradisi SMTA; siapa-siapa yang sambut hari lahir, kena hantar 'tray'. Tapi, hari lahir Ami pelik sikit. Kena 2 kali: hari semalamnya (Ahad) dan esoknya (22 Februari). Diorang sengaja tau! ^^

Yang ini Ami dapat hadiah daripada budak junior..

 Sambut bersama rakan-rakan sekelas. Budak yang sebelah Ami (pakai baju kurung biru) namanya Sakinah. Dia pun sambut hari lahir pada bulan Februari, 23 haribulan..

Terima kasihlah Hajar sebab suapkan kek untuk Ami. Sayang kawan-kawan ketat-ketat! ^^

Sesi makan kek dalam kelas. Haih, ini dah kira langgar rule sebenarnya sebab makan semasa prep. Hihi, sekali-sekala, bukan selalu

Sesi suap-menyuap bersama-sama Sakinah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...