Click Me!

Give Me A Click!

Sunday, April 11, 2010

medal o medal

Assalamualaikum w.b.t

Kejohanan Olahraga Kali Ke-15 SMT (ERT) Azizah telah pun berlangsung pada 9 April yang lalu. Adat pertandingan, ada yang menang ada yang kalah. Tak terkecualilah rumah sukan Ami, iaitu rumah Zuhal (kuning) yang gagal menjadi Juara Rumah Sukan dan mempertahankan juara kawad kaki rumah sukan seperti tahun lau. Tetapi, sekurang-kurangnya, Zuhal berjaya menjadi juara maskot rumah sukan yang terbaik iaitu bertemakan robot dan futuristik. Alhamdulillah. 
Pada kejohanan kali ini, Ami telah menyertai 2 acara (pada asalnya 3, tapi dah pancit selepas acara kedua, jadi terpaksa kena orang lain ganti) iaitu 50 m & 4x100 m. Alhamdulillah, rumah sukan Ami berjaya mendapat tempat ke-3 dan sekaligus Ami berjaya mencapai sasaran Ami sendiri iaitu mendapat sekurang-kurangnya 1 pingat pada kejohanan kali ini memandangkan tahun ini merupakan tahun akhir Ami di sekolah ini. Adalah juga kenangan manis untuk disimpan, betul tak? Sekarang, Ami berhasrat untuk mendapat satu lagi pingat bagi pertandingan bahas Bahasa Inggeris untuk KAT (Karnival Antara Teknik) yang akan diadakan tidak lama lagi. Sasaran Ami kali ini ialah Naib Johan, dibandingkan dengan tahun lalu sekolah Ami mendapat tempat ke-4. Doakan semoga sasaran Ami tercapai, insya-Allah.

Pingat yang dikumpul oleh Ami sepanjang Ami bersekolah
Atas: Tempat Ke-9 Rentas Mutiara (2002), Tempat Ke-3 Rentas Mutiara (2005), Tempat Ke-3 Kejohanan Olahraga SMKMR bagi acara 4x100 m (2006)
Bawah: Tempat Ke-3 Kejohanan Olahraga SMTA bagi acara 4x100 m (2010) & Tempat Ke-4 Karnival Antara Teknik (KAT) Zon Selatan bagi Pertandingan Bahas Bahasa Inggeris (2009)

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...