Click Me!

Give Me A Click!

Sunday, May 2, 2010

Apabila exam fever mula melanda

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera...

Haish, dah lama rupanya Ami tidak meng'update' blog ini. Masakan tidak, agak sibuk sejak kebelakangan ini. Kali terakhir hantar 'post' baru adalah 17 April lalu. Kini, 2 minggu sudah pun berlalu, & kita sudah pun berada dalam bulan Mei. Pantas sungguh masa berlalu, kan?

Pada 30 April yang lalu, sekolah Ami telah mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang (MAC) bagi meraikan pelajar-pelajar cemerlang SPM 2009. Majlis tersebut merupakan satu majlis yang sangat meriah, ditambah lagi dengan kehadiran tetamu kehormat iaitu Dato' Rozilah Abdullah, Pengarah Urusan Orion Ventures Sdn Bhd. Ami merupakan salah seorang juruacara MAC. 

Cuba teka, MAC telah menggunakan berapa orang pelajar sebagai juruacara majlis (MC) untuk MAC? Jawapannya, 3 orang. Asalnya, 2 orang MC sahaja, tetapi memandangkan keadaan yang tidak mengizinkan di mana Ami mengalami ulser mulut minggu lalu menyebabkan Ami mencadangkan kepada cikgu agar mencari seorang lagi untuk jadi MC. Alhamdulillah, classmate Ami, Shahirah, sudi terima tawaran untuk jadi MC. Kami (Ami, Shahirah & Is) berlatih dengan bersungguh-sungguh bersama Puan Fazilah & Puan Shafawati. Walaupun agak sukar pada permulaannya kerana kami perlu menggunakan intonasi suara yang betul untuk setiap keadaan., tapi Alhamdulillah, kami berjaya mengacarakan majlis tersebut.

Ami sempat berjumpa & berbual bersama senior-senior tahun lepas. Dapatlah juga melepaskan rindu. Bukan senang nak jumpa, sebab tak semua tinggal di Johor Bahru. Bertanya khabar & berbual dengan mereka, aish, seronoknya!

Okeylah, tujuan post ini sebenarnya Ami ingin maklumkan bahawa


EXAM DAH NAK DEKAT!!!

Tapi, preparation cuma sikit sahaja setakat ini. Minggu ini, sudah sibuk dengan debat KAT nanti, tugas persiapan Hari Guru pula menanti. Sebagai seorang ketua pengawas, perlu menggalas tanggungjawab dan melaksanakannya dengan penuh amanah. Bukan mudah tapi tidak mustahil. Tapi yang tidak puas hatinya, apabila pihak sekolah akan mengadakan satu program sebelum peperiksaan setengah tahun. Bukan tak setuju, cuma hari tidak sesuai memandangkan peperiksaan bermula 17 Mei & program tersebut pula diadakan pada 14. 15 dan 16 Mei. Ya Allah, berikanlah daku kesempatan waktu agar dapat mengulangkaji pelajaranku.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...