Click Me!

Give Me A Click!

Saturday, May 15, 2010

My Journey Is Still Miles Away

Assalamualaikum and salam sejahtera..

Pada 7 hingga 9 Mei yang lalu, Karnival Antara Teknik (KAT) Zon Johor. berbeza dengan tahun lepas, tempat pertandingan telah dipecahkan mengikut acara:
  1. Bahas Bahasa Inggeris & Ragbi - SMV Muar
  2. Reka Cipta & Sofbol - SMV Batu Pahat
  3. Bola Jaring - SMT (ERT) Azizah
Karnival ter sebut telah pun berlangsung dengan jayanya dan pemenang-pemenang bagi setiap telah pun diumumkan. Seperti tahun lalu, Ami mengambil bahagian dalam Bahas Bahasa Inggeris. Kali ini, Ami berazam ingin mendapat sekurang-kurangnya tempat ke-2 bagi acara ini bagi menebus kekalahan pada tahun di mana pasukan bahas sekolah telah mendapat tempat ke-4. 

Alhamdulillah, sesungguhnya rezeki Allah itu amat luas, sekolah Ami berjaya mendapat johan bagi pertandingan bahas, dan seterusnya layak untuk bertanding dalam KAT peringkat kebangsaan yang khabarnya akan diadakan bermula 3 hingga 7 Jun nanti. Lebih manis lagi apabila Ami berjaya dinobatkan sebagai pembahas terbaik (best-debater). Ami sangat bersyukur kepada Allah, sebab inilah rezeki yang Allah berikan kepada sekolah Ami. Tidak lupa juga buat Puan Fazilah, yang sentiasa & sangat sabar dalam melatih kami; Puan Sharizan Bt Mohd Sharip, yang telah banyak membekalkan bahan-bahan; Puan Nurul Akma, banyak berikan tunjuk ajar, motivasi semasa melatih & Kak Dira serta Kak Fizah. Terima kasih juga diucapkan kepada guru-guru dan rakn-rakan yang telah memberi sokongan dan mendoakan kejayaan kami.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...