Click Me!

Give Me A Click!

Friday, December 31, 2010

Diri Ini Masih Punya Hati dan Perasaan

Assalamualaikum w.b.t

Haish, bile sampai akhir tahun je, mesti benda yang menyakitkan hati pasti je akan berlaku. Memang macam tulah setiap tahun. Celebrate your year-end with tears. Ade ke pepatah macam tu? 

Ya, memang aku sedar ade kalanya aku ni terlebih moody; suke marah-marah. Mungkin nada suara terlalu kasar, tapi at least aku tak maki hamun orang; itu pun dah cukup baik tau. Swearing and cursing semuanya aku simpan dalam hati je, tak pernah cerita ngan orang. Aku menangis dalam diam pun takde orang yang tahu.

Memang betul aku dibayar untuk buat kerja itu, tapi aku tak suke dipaksa. Kalau nak suruh aku buat kerja, jangan nak mengarah aku. Cara aku, aku lebih suke buat cara sempoi dan sendirian berhad. Ramai yang akan berkate aku sepatutnya bersyukur sebab aku tak payah buat part-time job kat luar rumah; kerja kat rumah sendiri je. Tapi, kadang-kadang kalau dah macam ni, baik kerja kat tempat lain je. Kejap, tapi nanti takde transport pulak. Okey, buat masa ni, endure je dulu dan bersyukurlah. At least, aku buat kerja ni ade freelance sikit, bersyukurlah. Ni namenye ayat nak sedapkan hati sendiri. Sepanjang tahun ni, kalau ade benda yang menyakitkan hati, aku je lah yang pujuk diri sendiri - tengok anime, video dan dengar MP3.

Lagi satu, bila aku tengah buat kerja, jangan sibuk nak masuk campur; nak bagi ayat yang menyindir. Sedar diri tu sikit, dah lah belum matang. Bukan nak berlagak besar, tapi sebab tak faham emosi orang yang dah besar ni, jadi jangan nak cakap banyak pulak. Jiwa remaja memang ada kalanya suke memberontak, tapi aku ni dikire masih boleh tolerate lagi tau. Nilai kesabaran aku sebenarnye sangat tinggi dan tak ternilai harganye tau, boleh mengalahkan berlian! =P

-Segala yang ditaip di atas hanyalah sebagai luahan hati semata-mata. Maklumlah, kita ni sebagai manusia, tak mampu nak simpan perasaan tak puas hati tu lama-lama. Meletup terbakar pulak nanti jadinye. Nak panggil bomba pun dah tak sempat. Kalau nak baca dan komen, silakan. Kalau tak nak baca, sila lah view post lain.-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...