Click Me!

Give Me A Click!

Thursday, December 30, 2010

Seleas 11 Tahun Bergelar Seorang Pelajar Sekolah

Assalamualaikum w.b.t

Ececeh, konon je title atas tu, mwahaha. Seriously, memang sangat tak sangka zaman persekolahan dah berlalu. Macam-macam yang berlaku; pahit, manis, tawar, masam, manis, campur, ABC dan banyak. Tengok menyanyah lagi! :D

Rentetan zaman persekolahan Ami: Tadika Ummi --> Taska Intan --> Tadika Ummi --> SK (A) Datuk Haji Abdul Kadir Hassan --> SK Taman Mutiara --> SMK Taman Mutiara Rini --> SMT (ERT) Azizah. Ha, itulah die perjalanan persekolahan Ami, dari zaman tadika sehinggalah zaman sekolah menengah. 

Tak sangke, zaman ni dah berakhir.
Sepanjang bergelar pelajar, aish, macam-macam yang berlaku. Teringat lagi mase darjah 1 dulu, waktu tu tengah exam Bahasa Arab. Tanpa segan silu+naifnye+tak tahu jawapan sebab tak faham ngan soalan tu, Ami pun keluarkan buku teks BA. Haha, ape lagi, tirulah. Truthfully, memang copy jawapan sebab soalan exam tu bulat-bulat daripada buku teks. Mase tiru tu, kawan-kawan lain semua tengok Ami dengan muka pelik+unbelievable sebab Ami dengan selamba tiru buku. Diorang ade gak suruh Ami simpan balik buku tu, tapi degil sangat tak simpan pun. By the way, mase tu Cikgu takde dalam kelas, tu yang dengan selamba Ami buka buku. 

Beberapa hari lepas exam, result pun keluar. Cuba teka berapa markah Ami dapat untuk paper BA? Well, 100%, sebab meniru. Kihkihkih. Boleh tahan nakal jugak Ami ni sebenarnya, tapi dalam diam je. Dah dapat result tu, baru mengaku kat Cikgu yang Ami tiru buku. Cikgu tak marah pun sebab dah takde gunanya. Tetap jugak 100%. Jadi, reminder for myself: Jangan tiru buku mase exam! (Everyone knows that lah already)

Tahun depan dah nak masuk 18 tahun. Jadi, era pendidikan pun akan berubah. Selepas result SPM keluar nanti, maka berduyun-duyunlah permohonan atau surat tawaran akan datang. Insya-Allah, klu result cemerlang, Ami nak teruskan ke Matrikulasi dan ambil Sains Hayat. Amiin. Jadi, makin banyaklah pengorbanan perlu dibuat. Mampu atau tidak, kena kuatkan diri jugak kalau nak capai cita-cita tu. Ceh, bermadah pulak dia kat sini. Moga-moga Allah mudahkan segala urusan Ami tahun-tahun mendatang dan diberikan kekuatan serta ketabahan dalam menjalani kehidupan ni. Amiin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...