Click Me!

Give Me A Click!

Tuesday, January 11, 2011

Addiction!

Assalamualaikum w.b.t

Ami rase bulan ni Ami dah over-budget a.k.a overspent. Manakan tidak, untuk gaji bulan ni je, Ami dah guna lebih kurang RM105. Sepatutnya Ami hanya boleh guna RM100 setiap bulan daripada RM300, jumlah gaji yang Ami dapat. RM200 selebihnya Ami simpan dalam bank, only to be used once I entered the higher learning institution later.
Ami beli ape je sampai boleh overspent. Well, macam-macam. Beli DVD anime Fruits Basket, 2 buah novel dan majalah. Haish, beli barang-barang macam ni pun boleh overspent ka? Adoyaii~

By the way, nak cerita ni (macam mak cik kepo pulak), sekarang Ami sudah jatuh hati sama K-pop. *Aiseh, itu pun mau cerita ka? Haha, biarlah. Ini blog saya, bukan kamu punya!* Tapi, still tak boleh lawan ngan J-pop. Banyak kali tengok cerita Korea, tapi masih tak boleh faham dan cakap Korea, nak kena ade subtitle. Berbanding dengan bahasa Jepun, masih boleh faham sikit-sikit. *Bukan nak riak, tapi itu adalah fakta tentang diri saya*

Koleksi kalendar 2011 versi anime (Arena Komik) ngan artis Korea (majalah E-pop)..memang sayang giler lah ngan benda ni..


Semalam mase shopping ngan family, sempat lagi nak borong coklat..Em, memang nikmat betul..Tapi macam sayang je nak makan..Tak sabar nak tunggu Kak Ngah balik dari Dublin, nanti dapat lagi coklat! :D


P/S: Dalam kecoh-kecoh barang dapur naik harga, Ami tak sangka komik pun boleh naik harga jugak. Bayangkan, komik Detektif Conan yang dulu harganya RM4.90, sekarang harganya RM5.80. Adoyaii~

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...