Click Me!

Give Me A Click!

Monday, January 31, 2011

Awas! Jaga-jaga dengan Syirik!

Assalamualaikum w.b.t

Okey, post kali ni Ami ambil direct daripada tabloid ILuvIslam edisi 47 (28 Jan-3 Feb). Full credit goes to the authoress of the article, Azza Khalid.

Ami pasti anda semua tahu apa itu syirik kan? Ya, menyekutukan sesuatu selain daripada Allah SWT. Syirik terbahagi kepada dua: Syirik Jali (SJ) dan Syirik Khafi (SK). Haa, kepada readers lepasan SPM, korang mesti ingat balik topik ni kan? Ni lah antara topik yang dipelajari dalam silibus Pendidikan Islam SPM. Hehe. Kalau tak ingat atau ingat-ingat lupa, sama-samalah kita mengingatkannya semula.

Fokus Ami utuk post ni adalah SK. SK ni berlaku bila kita tidak meletakkan Allah sebagai tempat yang pertama dalam ibadah atau sesuatu pekerjaan. Contoh SK yang paling common ialah ujub, riya', takabur dan bergantung hati kepada sesuatu selain Allah. 

Ahah, contoh yang last tulah selalu berlaku dalam kalangan manusia, termasuklah Ami sendiri. Benda ni selalu terjadi tanpa kita sedari, iaitu kita menyandarkan sesuatu kebaikan yang diperoleh disebabkan manusia lain atau benda lain yang dijadikan oleh Allah seperti ubat-ubatan atau ketinggian sains dan teknologi dan sebagainya. Sebab itu, jika kita makan ubat, selalu lah berdoa agar dengan kekuasaan Allah, ubat itu boleh membantu untuk menyembuhkan kesakitan yang dialami. Haruslah bertawakal sepenuhnya akan keberkesanan ubat tersebut kepada Allah, bukannya ubat itu.

SK ni selalunya dikaitkan dengan hati kita. Menurut penerangan hati para Arifin Billah, antara sembahan-sembahan hati yang paling umrah bagi manusia ialah:
  1. Penyembahan kepada nafsu/diri sendiri
  2. Penyembahan kepada dunia dan perhiasannya
  3. Penyembahan kepada pangkat dan kekayaan
  4. Penyembahan kepada kedudukan dan jawatan
  5. Penyembahan kepada wanita
  6. Tawakal kepada kekuatan diri atau kekuatan makhluk
  7. Tawakal kepada kehebatan sains dan teknologi dan lain-lain
Benda-benda ni sebenarnya tidak boleh dipandang sebelah mata. Menurut tafsiran para ulama tasawuf, SK walaupun tidak membatalkan iman namun ia boleh memberikan impak yang negatif terhadap amal dan boleh merosakkan keimanan  jika dibiarkan berlarutan dalam kehidupan kita.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Syirik yang dilakukan umatku lebih tersembunyi daripada semut halus yang merayap di atas batu yang besar." (Riwayat al-Hakim)

Nota kaki: Post ditaip bertujuan untuk berkongsi bahan bacaan dan ilmu bersama readers serta yang paling utama, untuk peringatan diri sendiri. Saya cumalah meminjam tulisan daripada penulis asal artikel berkenaan topik. Teguran positif amat dialu-alukan. Sesungguhnya yang baik itu daripada Allah Yang Maha Mengetahui, dan yang kurang itu datang daripada kelemahan diri sendiri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...