Click Me!

Give Me A Click!

Tuesday, February 15, 2011

Teladan Rasulullah SAW sebagai Pengajaran (Khas buat Para Lelaki)

Assalamualaikum w.b.t

  1.  Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah SAW menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Baginda juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
  2. Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap dimasak untuk dimakan, sambil tersenyum Baginda SAW menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Saidatina Aisyah RA mencertikan, "Kalau Nabi berada di rumah, Baginda selalu membantu urusan rumah tangga."
  3. Jika mendengar azan, Baginda SAW cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali ke rumah sesudah selesai sembahyang.
  4. Pernah Baginda SAW pulang pada waktu pagi. Tentulah Baginda SAW teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Saidatina Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi SAW bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Saidatina Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan'). S. Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah." Rasulullah SAW lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." Tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah Baginda.
  5. Sebaliknya Baginda SAW sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah SAW menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukullah dia." "Aku tidak bertanyakan alasanmu," sahut Rasulullah SAW, "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"
  6. Pernah Baginda SAW bersabda, "Sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin, sabar dan tawaduknya Baginda SAW dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.
Dipetik daripada ILuvIslam, Bil. 48, 4 Feb-10 Feb. 

    No comments:

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...