Siapa yang Ami maksudkan dengan tajuk di atas tu? Haish, siapa lagi, diri Ami sendiri la! Takda masa Ami nak mengumpat pasal orang lain, diri sendiri ni pun tak sempurna lagi. Tapi, Ami tetap berusaha untuk menjadi lebih baik & ingin mengajak korang semua juga menjadi lebih baik.
Okey, apa kaitannya tajuk di atas dengan post kali ni? Hmm, sejak kebelakangan ni, Ami sering mengadu sakit belakang. Puncanya? Diri sendiri la! Asyik menghadap komputer 24/7. Tipulah 24/7 kan? Macam tak buat kerja lain je. Maksud Ami, dalam satu hari tu, asyik duduk pasif menghadap komputer je. Lagi-lagi tengah cuti sekolah ni, bila semua orang ada kat rumah, lagilah bertambah malas nak buat kerja rumah yang sememangnya Ami dibayar untuk melakukannya (Ami sekarang jadi housemaid). Teruk kan? Huhu, memang Ami macam tu. Tapi, Ami masih ada self-conscious tau; Ami mengaku.
Ami ada buat research sikit tentang benda ni, jadi nak share dengan korang:
Antara faktor penyumbang kepada masalah sakit belakang ialah postur (kedudukan) badan yang tidak betul, melakukan aktiviti di luar kebiasaan dan mengamalkan gaya hidup tidak aktif. Malah, terlalu banyak rehat juga boleh menyebabkan kita mengalami sakit belakang kerana badan manusia dicipta untuk kita bergerak aktif; bukan berehat santai sepanjang masa.
Bahkan duduk terlalu lama juga boleh menyebabkan kita sakit belakang kerana ketika duduk, kita memberi tekanan paling tinggi kepada bahagian bawah tulang belakang. Tulang belakang adalah struktur yang boleh dilentur sehingga tahap tertentu. Inilah sebabnya kita boleh membongkok atau membengkokkan badan ke kiri dan kanan.
Dah baca? Berdiri terlalu lama pun tak elok, baring & duduk pun tak elok juga? Jadi, bagaimana? Harus seimbangkanlah.
Sakit belakang, khususnya pada bahagian pinggang boleh menjadi petanda kepada masalah kesihatan yang lebih serius terutama bagi kesakitan yang disertai demam atau hilang kawalan untuk buang air kecil atau besar; sakit ketika batuk dan kaki terasa semakin lemah.
Hah, baru-baru ni, Ami diserang demam. Samalah seperti yang dinyatakan kat atas tu. Jadi, bagaimana nak rawat sakit belakang tu?
“Kebanyakan masalah sakit belakang khususnya sakit pinggang boleh dirawat tanpa pembedahan. Antara kaedah rawatan ialah untuk mengawal kesakitan, mengurangkan keradangan, mengembalikan fungsi dan kekuatan bahagian belakang serta mencegah kecederaan daripada berulang.
“Menekap bahagian yang sakit dengan ais atau pek panas boleh mengurangkan kesakitan dan keradangan; membantu sesetengah pesakit untuk bergerak. Sejurus selepas mengalami trauma, pesakit seharusnya menekap pek ais yang dibalut dengan tuala pada bahagian sakit selama 20 minit beberapa kali sehari.
“Selepas dua atau tiga hari melakukan kaedah ini, tuam bahagian berkenaan dengan tuala atau pek panas untuk seketika bagi merehatkan otot dan merangsang aliran darah.
Mandi air suam juga boleh membantu merehatkan otot.
“Selain itu anda juga boleh berehat di katil (baring) tetapi hanya untuk satu atau dua hari saja. Berehat (baring) boleh membuatkan sakit belakang bertambah teruk dan menyebabkan seseorang pesakit mengalami tekanan, kemurungan, melemahkan otot dan kemungkinan berlakunya darah beku pada kaki. Pesakit seharusnya kembali melakukan aktiviti harian secepat mungkin,” katanya.
Menurutnya, bersenam adalah cara yang paling berkesan untuk mempercepatkan penyembuhan kepada masalah sakit belakang (khususnya sakit pinggang) dan menguatkan otot belakang dan abdomen. Antara senaman yang mudah dilakukan ialah senaman regangan, berenang, berjalan atau menjalani terapi pergerakan bagi memperbaiki koordinasi dan keseimbangan untuk postur dan otot.
Nak tak nak, kenalah jugak exercise. Paling simple, jalan je sekeliling rumah atau buat aktiviti turun-naik tangga (jika rumah korang 2 tingkat atau siapa-siapa yang duduk flat tu, guna tangga). Yang penting, jangan suka sangat duduk terlalu lama, nanti boleh berikan kesan buruk kat tulang belakang korang & postur badan akan jadi kurang cantik. Kegemukan pun boleh berlaku jugak.
Kesimpulannya, sakit-sakit yang Ami alami sekarang berpunca daripada kesalahan Ami sendiri. Saya dengan ini mengaku! Haha. Kurangkan masa menghadap komputer (cuba hadkan sekurang-kurangnya 5 hingga 6 jam sehari), banyak melakukan pergerakan badan.
Pesanan daripada penaja, amalkan gaya hidup sihat Sekian, chow~
P/S: Lepas subuh ni, pergi taman, buat exercise. Teringin lah nak join kelas taichi yang biasa apek & nyonya buat kat basketball court tu.
No comments:
Post a Comment