Click Me!

Give Me A Click!

Thursday, April 21, 2011

Assignment UBM Ke-2: Sunnah Nabi SAW dalam Kehidupan Kita

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Ya, kali ni UBM telah mengedarkan assignment keduanya. Huhu, dek krana terlalu leka tengok cerita Korea, Ami telah menangguhkan assignment Hari ni baru nak mula taip, insyaAllah sempat lah siap.


Dah bace tajuk entri kat atas tu? Ha, itulah tajuk assignmentnya. So, without any further ado, Ami nak share dengan anda semua antara sunnah Nabi Muhammad SAW yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian kita.



Sunnah Pertama: Mencecah Garam Sebelum Makan

Korang pernah tak makan nanas cicah dengan garam? Ouh, nikmat, sedap! Terutama kalau nanas tu masih ada duri yang tak dipotong habis, makan dengan garam, lidah pun tak rasa gatal.

Okey, point kat atas tu takde kaitan pun sebenarnya. Dalam konsep kimia, garam mengandungi unsur natrium & klorida. Dengan adanya unsur klorida atau chloride ni, ia daat merangsang penghasilan asid hidroklorik dalam perut kita, menjadikan makanan yang dimakan dapat dihadam dengan sempurna. Nabi SAW mencecah garam setiap kali sebelum & selepas Baginda SAW makan.


Tapi, AWAS! Jangan makan garam terlalu banyak, nanti boleh membawa kepada darah tinggi pula. Ambil dalam kuantiti yang sedikit sahaja.

 
Sunnah Kedua: Amalkan Makan Madu
 
Siapa kat sini yang suka makan madu, angkat mouse anda! *Terima kasih, turunkan mouse anda* Manfaat madu ni memang tak boleh nak dinafikan, dalam al-Quran sudah dinyatakan kebaikannya, disokong pula dengan hadis sahih Nabi SAW.

"Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dan perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkannya."
Surah Nahl, ayat 69

Sekarang pun, terdapat pelbagai jenis madu yang dijual kat pasaran. Mungkin ada antara korang yang tak suka makan madu sebab kurang berkenan dengan baunya, tapi percayalah, rasa kemanisan madu tulah yang mengandungi penawar bukan baunya.
 


Sunnah Ketiga: Makan Buah Kurma

Setiap kali datangnya bulan Ramadhan, maka berduyun-duyunlah umat Islam akan beli kurma untuk dijadikan pembuka selera semasa berbuka. Tapi sayang, amalan ini hanya berlaku semasa bulan Ramadhan sahaja. Tahukan anda sebenarnya khasiat kurma ini tidak ternilai harganya & sepatutnya dijadikan amalan seharian untuk menjamin kehidupan lebih sihat, insyaAllah.

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada
kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang
sehat".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma
pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab
yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi
seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".

Abu Abdillah a.s. bersabda: "Buah kurma adalah salah
satu buah yang berasal dari syurga dan dapat
mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah a.s. bersabda: "Orang yang memakan 7 buah
kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu
dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak
diganggu setan".
Jadi, sekian saja assignment Ami untuk kali ni. Nak tahu lebih banyak sunnah Nabi SAW, google saje. Mana yang baik datang daripada Allah, yang kurang datang dari kelemahan Ami sendiri. Sama-samalah kita amalkan sunnah-sunnah Nabi SAW dalam kehidupan kita, insyaAllah. Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...