Click Me!

Give Me A Click!

Tuesday, April 12, 2011

Orientasi Bersama UBM

Assalamualaikum w.b.t

Korang pernah tahu tentang UBM tak? Tak tahu? Kalau tak tahu, meh sini Ami nak cerita. UBM, Universiti Blogger Malaysia. Wah~ Macam besar je namanye gitu kan? Rasanya ni first time kot ade blog ala-ala universiti, yang khas untuk bloggers selain daripada Komuniti Gila Blog. Selain blog, UBM pun ade fanpage kat Facebook jugak. Dah visit, jangan lupa daftarkan diri anda ya!

Memandangkan Ami salah seorang pelajar kat UBM ni, so kenalah buat assignment? Assignment? Yeap, first assigment sudah pun diberikan. Agak lambat dapat tahu, sebab Ami sibuk layan Korea jap. Ni yang macam lipas kudung nak menaip sebab due date 13 April. Nak view full assigment, terjah SINI.






::Nama::
Nurul Amira 

::Bila mula terlibat dalam blogging?::
Pada akhir tahun 2008, sebab ikut kawan.

::Pandangan tentang dunia blog dasawarsa kini::
Sejak bermulanya evolusi internet, semakin banyaklah laman web sosial yang wujud. Blog turut tidak terkecuali. Dunia blog kini semakin berkembang kerna blog merupakan salah satu wadah untuk kita menyebarkan serta mendapatkan maklumat & bahan ilmiah dari setiap pelosok dunia. Selain itu, blog turut dijadikan sebagai medium untuk mengasah bakat penulisan seseorang individu dengan menge'post' karya peribadi seperti online novel, nukilan sastera seperti puisi & banyak lagi. Jadi, setiap individu mestilah gunakan blog sebaik-baiknya untuk memberi manfaat kepada manusia sejagat, bukannya membawa kepada lembah kebinasaan.

::Pandangan mengenai IPTM pertama ini?:: 
Satu cara yang bernas dalam menggalakkan lebih ramai masyarakat untuk menceburkan diri dalam dunia blogging. Melalui cara ini, para bloggers bukan sahaja dapat meluaskan rangkaian silaturrahim secara maya, tetapi juga pengetahuan. Mendaftarkan diri dalam UBM tidak memerlukan sebarang kelayakan akademik yang khusus, yang penting anda mempunyai blog & mempunyai pandangan atau idea yang bernas atau isu yang polemik untuk dibincangkan bersama para bloggers lain. Akan tetapi, setiap penulisan haruslah dijaga tatatertibnya & ditulis dengan penuh hikmah, agar tidak tersasar daripada niat asal anda berblogging.

1 comment:

  1. salam tuan blog lawatan dari UBM
    dah follow dah jom follow balik ok
    jemput join Bloglist 1 Bulan bersama Dunialelakimaskulin.com
    http://www.dunialelakimaskulin.com/2011/04/bloglist-1-bulan-bersama.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...