Click Me!

Give Me A Click!

Monday, May 23, 2011

Selamat Jalan...

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

By the time I was typing this entry, it's 5:56 AM. Gah, today, 23rd May 2011 is the DAY: the day where I will be admitted to Kolej Matrikulasi Johor (as you've read in my previous entry) to pursue my studies there. I woke up at 5:00 AM just now, as I couldn't sleep anymore. I went to bed quite late last night, around 2 AM, but due to my over-anxiety, I couldn't sleep anymore. And, last night my nose was bleeding again, that's another reason.

Bangun awal ni membuatkan Ami teringat masa Ami nak masuk asrama buat pertama kalinya semasa di Tingkatan 4 dulu. Bangun awal, rasa berdebar & macam-macam lagi. Setiap hari adalah hari baru, walaupun Ami pernah tinggal di asrama, tapi style packing barang langsung tak macam budak yang pernah tinggal di asrama. Banyak saangaatt kott! Kalau boleh kan, rasa nak pindahkan bilik Ami ke kolej nanti pun ada jugak, tapi masih boleh kawal diri lah kan.

Ami tak bercadang nak cerita panjang-panjang. Cukup sekadar memberi pemberitahuan bahawa Ami mungkin TIDAK AKAN UPDATE BLOG ini dalam jangka masa yang panjang ni. Ami tak bawa netbook Ami ke kolej, cuma boleh online guna phone sahaja. Nak updat blog guna phone agak payah & leceh. Lagipun, lepas masuk kolej matrikulasi ni, Ami akan beri full-concentration & full-throttle, insyaAllah, dalam study di kolej untuk 'membalas dendam' keputusan SPM Ami yang lalu. Jadi, jangan peliklah kalau blog ini bersawang dalam masa yang lama, sebab Ami tak akan update, melainkan ketika cuti sem (itupun jarang & sekejap je).

So, buat open-readers & silent-readers blog Ami ni, tolong doakan keselamatan & kejayaan Ami sepanjang Ami berada di kolej ni. Insya-Allah, Ami akan update blog bila Ami balik nanti. Assalamualaikum.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...