Click Me!

Give Me A Click!

Thursday, August 25, 2011

Tak Tahu Nak Cakap Apa

Assalamualaikum w.b.t & selamat sejahtera

It's been a long time isn't it, since the last time I posted here? Was it about 3 months ago? Yeap, it is. Fuh, dah cuti semester awal ni pun macam liat betul nak update blog. Syok tengok K-drama je, tu la pasal (will be updated later).

Ramai yang akan tanye (kalau ada lah!), how's my matric's life? TENSION, BUSY & ENDLESS OF HOMEWORKS! Yeap, that's the honest answers I can give. Serius cakap ni, memang betul. Masa mula-mula masuk tu, ingatkan boleh cope sebab dah pernah tinggal kat asrama, tapi tak jugak. Adalah dalam sebulan lepas tu, Ami breakdown jugak. Allah sahaja yang tahu macam mana perasaan Ami. Tapi, Ami tak menyesal, sebab inilah jalan yang Allah dah tunjukkan & Ami pilih jalan ni. Sedih & penat tu perkara biasa, kita sebagai manusia juga ada masa perlu juga luahkan. We cannot keep bottling our feelings inside, we have to pour them out in the end. If not, we might ended up being crazy or mentally breakdown. I definitely don't want that.

Walaupun pertengahan sem 1, agak selalu balik, tapi malas nak update. Kali ni all out kot, kalau boleh la. So now, my life evolves in the matric. Ami masuk Modul Sains I; amik semua subjek kritikal: Matematik, Fizik, Kimia & Biologi. Pergh, memang berat! Jujur la cakap. Ami ni, yang masa SPM dulu, memang dah berhajat tak nak amik Fizik lepas SPM, tapi dapat lagi subjek tu nampaknya. It's okay, I'll try my best for it!

Roommates pulak? Alhamdulillah, dapat roommates yang baik-baik. Nama mereka Aisyah & Ain. Aisyah dari Pahang, Ain pulak dari Perak. Kalau digabungkan nama-nama kitorang, dapatlah 3A (kalau tambah lagi sorang yang namanya mulan dengan A, dapatlah 4A = 4-flat, kihkihkih). Ade jugak kitorang form JPP; nama negeri asal kitorang. So, tak payahlah gatal-gatal nak buat JPP, sebab kitorang dah ade JPP sendiri, ahaks! 

Kebetulan pulak, kitorang semua amik modul yang sama, cuma praktikum & kuliah je yang lain. Ami K2MS11, Ain K3MS21 & Aisyah pulak K4MS31. Korang perasan tak nombor praktikum kitorang? Semua selang 10. Kitorang pulak jarang keluar bilik untuk study group dengan orang lain, stay dalam bilik je. Sebabnye, kitorang punye jadual terutama eksperimen semua berturutan. Jadi, masing-masing boleh tanya pasal eksperimen yang akan dibuat dalam satu minggu tu, bincang macam mana nak buat jotter book & buat discussion eksperimen. Ada pulak, kitorang share lecturer yang sama; baik untuk kuliah, tutorial mahupun lab. Alhamdulillah, memang kitorang rasa sangat beruntung. Semua dah ada.

Ami jarang sosial sikit kat matrik ni Setakat kawan-kawan satu kuliah, sekolah lama, budak-budak blok & praktikum tu ada lah. Ada jugak yang Ami berkenalan masa riadah (main basketball & netball). Tapi sebab jumpa macam tu je, jadi kurang ingat nama diorang. Bagi Ami, biar kita memilih dalam bab kawan ni, bimbang terpengaruh Kalau pengaruh positif tu alhamdulillah, tapi negatif tu, masya-Allah! Mohon dijauhkan. 

Lagi nak cerita apa ek? Huu~ Nak tahu satu cerita tak, kat sini Ami pernah dipanggil 'Cikgu'. Ami kadang-kadang terfikir, muka Ami nampak 'matured' sangat ke? T_T (<-- sedih ni!) Yang tak tahan tu, bila ada yang bagi salam kat Ami: Assalamualaikum, Cikgu, padahal kad matrik + kunci bilik jelas-jelas tergantung kat leher Ami. Itu kes orang ingat Ami ni lecturer kt KMJ, ada pulak tu, yang ingat Ami ni pekerja kat koperasi kolej. Pergh~ Boleh pulak cakap macam ni:

Budak: Kak, ni berapa harga?

Me: Saya pun tak tahulah. Jap, awak PST gak kan?

Budak: A-ah, nape?

Me: Saya pun PST gak, yang awak panggil saya ni 'kak' tu kenape? Kita sebaye je lah.

Budak: Oh, ye ke? Saya ingatkan pekerja kat mini-mart ni.

Me: o_O *Aah, sudah!*

Bukan sekali diorang panggil Ami ni 'kak', tapi adalah dalam beberapa kali. Bukan tak suka, cuma tak selesa bila dipanggil 'kak' oleh orang yang sebaya, melainkan Ami betul-betul rapat ngan orang tu, Ami tak kisah sangat.

Sebenarnya, ada banyak benda nak cerita, tapi sebab macam malas nak menaip, sampai sini je lah dulu ye. Terima kasih sudi menerjah blog Ami ni, terutama sepanjang 3 bulan Ami tak update. Terima kasih jugak sebab sudi follow Ami!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...