Assalamualaikum & salam sejahtera
Wow, dah lama tak update blog ni kan? Huhu. Kalau blog ni benda hidup, dah bersawang & berhabuk agaknya. Sori lah, dek keterlampauan 'busy' (& of course, MALAS!) Ami, jaranglah nak update.
Apa-apa pun, sekarang students Matrik sekarang semua tengah busy berpulun dengan revision untuk final exam sem 1 a.k.a PSPM 1 yg akan bermula 21 Oktober nanti. Minggu lepas, MUET baru je bermula sehingga 20/10 nanti Giliran Ami dah lepas, masa 12/10 hari tu. Alhamdulillah, Ami berjaya deliver untuk Task A & Task B, walaupun ade berlaku sedikit komplikasi (vocab's block!). Tapi, masih dapat berkata-kata sepanjang MUET Speaking tu.
Sejak dah duduk berjauhan dari family (jauh ke? Tangkak je kot. :p), barulah rasa betapa untungnya ada family. Hampir setiap hari Ami akan call parents Ami. Biarlah kredit habis pun, sekurang-kurangnya berbaloi. Takdelah nak telefon yang bukan halal a.k.a HARAM, buat tambah dosa je buat ape. Tak berbaloi, malah rugi adalah. Zina hati, nauzubillah. Walaupun, tak berbual ape sangat pun ngan family, at least dapat dengar suara diorang, sejuk & tenang je hati Ami.
Nak tahu tak, adik lelaki Ami cakap yang dia rindu kat kakak dia (Ami lah!)? Haha. Serius tak sangka! Mahu tidaknya, masa kat rumah, kitorang selalu bertekak. Habis semua sumpah seranah keluar, astaghfirullah. Sakit hati ade gak. Alah, kalau dah namanya adik-beradik, memamng akan bergaduh lah. Tapi, sejak Ami dah jarang balik ni, adik asyik kata dia rindu kakaknye. Kalau Ami telefon parents tapi tak cakap ngan dia, dia akan merajuk. Huhu, pandai pulak merajuk. Chet. Tapi, memang tak sangka lah!
Trust me lah, I love you, my dearest family, especially, Mama, Abah, Amirul, Syafiqah & Sakinah. You guys are the reason for me to keep on living in this world & you always there when I was down. Thank you Allah for blessing me with such lovable & caring family. Please let all of us into your Jannah, aminn..
The only male is my brother, Muhammad Amirul, and he said he miss & love me! Such a sweet bro. |
No comments:
Post a Comment